Kelas Mahir Masak (Modul 2) Pengenalan Peralatan Masak, Sop Kelas Masakan, Kesihatan & Keselamatan
24 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2026, seorang peserta telah mengikuti Kelas Mahir Masak (Modul 2) yang diadakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Peserta mengikuti sesi kelas ini dari NADI Sungai Bandung. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada peralatan asas dalam memasak, prosedur operasi standard (SOP) kelas masakan, serta aspek kesihatan dan keselamatan ketika bekerja di dapur.
Sepanjang sesi kelas, peserta didedahkan kepada fungsi dan cara penggunaan pelbagai peralatan masak, langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan, serta kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran dapur. Peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif bagi mempraktikkan SOP kelas masakan secara betul dan selamat.
Selain itu, peserta berpeluang menyertai sesi soal jawab bagi meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan peralatan masak serta penerapan amalan kesihatan dan keselamatan di dapur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: